Nuffnang Ads

Isnin, 2 Julai 2012

Amalan & Kelebihan Bulan Syaaban..



Aritukan sy ade ckp nk gtaw kelebihan bulan Syaaban,tp xjgk gtaw..huhu...ampunkan sy,sy sangat sibuk 2 3 menjak nie....Semalam pun blk lambat,sebab kene update kj-kj yg sepatutnye kene siap..arini audit dtg...itu yg jadi sibuk memanjang...K'lah utk menunaikan janji post yg lepas,sy bgtaw kelebihan bulan Syaaban arini...Sebagai perkongsian..(nk lebih kene bc bukulh,heheheh.......)..Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut ye anak-anak..(mcm ustazah pulak,hehehe...):
  • Berpuasa 
(Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ")
  • .Banyak melakukan amalan takwa dan taat. Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. 
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya
  • Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. 300 pintu rahmat akan dibuka..
( Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ").
  • Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.
  • Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan